Categories: Trending

Pendaftaran BPR Dilanjutkan Sehingga 25 Februari, Golongan B40 Perlu Buat Permohonan Baru Jika…

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa, tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari 2021.

Langkah ini diambil bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak.

Tambahnya lagi, hanya pemohon yang TIDAK pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isirumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permohonan baharu.

“Ini termasuk golongan mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan Covid-19,”

Sumber : Facebook

Mereka yang tidak lulus boleh kemukakan permohonan baharu

Dalam kenyataan tersebut juga, Tengku Zafrul juga menjelaskan proses pendaftaran baharu/kemaskini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula.

“Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu/kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat,”

Manakala, pembayaran Fasa 1 BPR akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021 seperti yang diumumkan di dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) pada 18 Januari lalu kerana tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima.

Oleh itu, semua pemohon BPR yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah layari bpr.hasil.gov.my

 

Salma Syahbuddin