Categories: Trending

Orang Awam Kini Boleh Mendaftar Vaksin Covid-19 Menerusi 5 Kaedah Ini

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memberitahu bahawa, proses pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19 bagi orang ramai dijangka dibuka mulai bulan depan dan dilaksanakan dengan konsep sukarela.

Orang ramai terutamanya rakyat Malaysia boleh berbuat demikian menerusi lima kaedah termasuk menggunakan aplikasi MySejahtera antaranya;

  1. Aplikasi MySejahtera – akan dilancarkan butang khas untuk pendaftaran temujanji
  2. Laman Sesawang khas yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ianya dijangka akan dilancarkan pada minggu hadapan
  3. Menerusi talian hotline yang akan diumumkan tidak lama lagi
  4. Srcara manual di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta
  5. Rumah ke rumah di kawasan pendalaman yang dikenal pasti dengan mensasarkan warga emas.

Sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, program vaksinasi akan dimulakan dengan petugas barisan hadapan. Bagaimanapun, setiap permohonan yang diterima juga akan dinilai.

Pengagihan vaksin ini akan melalui tiga fasa iaitu, dari bulan Februari hingga April untuk kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak tersebut. Fasa kedua pula, akan diagihkan pada bulan April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).

Manakala, fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas iaitu bermula dari bulan Mei 2021  sehingga Februari tahun depan.

 

 

Sumber : Facebook KKM

Salma Syahbuddin