Categories: Trending

Penerima Hati Pertama Di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Kini Kritikal

Walaupun sudah 23 tahun, kisah pembedahan pemindahan hati antara adik Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini dan pendermanya, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.

Namun, dukacita dimaklumkan bahawa adik Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini kini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati.

Berita ini dimaklumkan sendiri oleh Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 43, yang menjelaskan Mohd Afiq Ikmal, 23, kini dirawat di Hospital Selayang, Selangor.

Sumber : Google

“Saya agak risau jika berlaku penolakan, selepas 22 tahun pembedahan dilakukan kerana ada kes penerima lain, Nurul Afiqah Mohd Zahir, meninggal dunia selepas puluhan tahun menjalani pembedahan sama”

“Afiq sebelum ini, dikatakan sudah beberapa kali keluar masuk hospital, tetapi keadaannya kali ini agak membimbangkan. Saya bercadang untuk menziarah Afiq… “

Menurut Hafizam, apa yang diharapkan adalah perkara yang terbaik buat Afiq, 23, kerana jangka hayat penerima mampu bertahan lebih 20 tahun selepas menjalani pembedahan pemindahan hati.

Terdahulu, Wan Mohd Hafizam mendermakan sebahagian hatinya kepada Mohd Afiq Ikmal yang ketika itu berusia 14 bulan pada tahun 1999.

 

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin