Trending By: Attiqah Mohd September 21, 2020 @ 12:42pm

“Dia Nyanyi Paling Best Tapi Kenapa Dapat Markah Teruk?” – Netizen Pertikai Cara Juri Awam Nilai Yonny Boii

Episod keempat Immortal Songs menyaksikan persembahan bertenaga daripada barisan artis seperti Zizi Kirana, Stacy Anam, Shiha Zikir, Yonny Boii, Haikal dan Baby Pian.

Namun, persembahan yang paling mencuri perhatian ramai adalah nyanyian daripada Yonny Boii dan Zizi Kirama.

Ramai yang memuji kredibiliti dua orang rappers yang dilihat begitu versatil dalam membawakan lagu mereka.

Penonton kecewa juri awam tak pandai “menilai”

Walaupun masih baru di pentas nyanyian, ternyata idea kreatif Yonny Boii untuk menyanyikan lagu Keroncong Untuk Ana di dalam versi Jazz dilihat berbeza sehingga mendapat pujian ramai, namun rata-rata netizen kecewa dengan nilai markah yang diberi daripada juri awam.

Ramai yang merasakan juri awam bersikap tidak adil dengan memberikan Yonny Boii markah yang tidak selayaknya dengan persembahan beliau.

Buat korang yang terlepas episod semalam, jangan risau saksikan episod penuh Immortal Songs di Youtube TV3 Malaysia Official.

Immortal Songs bersiaran pada jam 9 malam setiap hari Ahad.

Nak tengok persembahan luar biasa Yonny Boii? Jom tonton video di bawah!

[FULL VIDEO] Keroncong Untuk Ana cover – YONNY BOII

Speechless min !#ImmortalSongsMY #KeroncongUntukAnaCover #YonnyBoii #PilihanMin

Posted by TV3 Malaysia on Sunday, September 20, 2020

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Mar 2020
#LaguXTRA Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Tue, 2 Aug 2022
Featured Thu, 19 Jan 2023
Trending Tue, 11 May 2021

Nak Duit Raya? Jom Menabung…. PTPTN Tawarkan Duit Raya RM200,000 Buat 500 Pemenang!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini kembali dengan Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021. Kempen ini layak untuk semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan tawaran hadiah lebih menarik untuk dimenangi. Pengerusi PTPTN […]

Featured Fri, 16 Dec 2022

Anthony Loke Menyamar Lagi.. Kali Ini Tinjau Situasi KTM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyamar sebagai penumpang biasa bagi meneliti dan memeriksa sendiri keadaan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM), semalam. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Loke menaiki […]

Featured Wed, 6 Oct 2021

Semak Syarat Layak Mohon Bantuan RM10,000  One Off Buat PKS Bermula Esok

Menerusi Pelan Pemulihan Nasional (PPN), kerajaan Sarawak telah melancarkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 berjumlah lebih RM800 juta bagi memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan. Terbaru, pendaftaran BKSS 7.0 berjumlah RM5,000 (Fasa1) akan mula dibuat […]

Trending Sun, 21 Aug 2022

“Walaupun Kita Bukan Adik Beradik Kandung, Tapi…” – Air Mata Wan Sharmila Gugur Bila Jumpa Adik-Adik

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon Wan Sharmila yang masih masih kekal aktif dan tak putus-putus rezekinya dalam bidang lakonan. Terbaharu, Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala itu ada memuat naik satu hantaran di […]

Featured Thu, 6 May 2021

“Tak Semua Orang Suka Apa Yang Kita Tunjuk…”- Naim Daniel Komen Isu Selebriti Rentas Negeri

Penyanyi Naim Daniel menyuarakan pandangan beliau berkenaan isu rentas negeri yang melibatkan selebriti dan influencer. Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu 34 ini, seseorang selebriti akan menjadi rujukan dan ikutan kepada para pengikut di sosial media. […]

error: Content is protected !!