Categories: Trending

Ramadan Tahun Ini Sepi Tanpa Bazar Ramadan

Bulan Ramadan merupakan bulan mulia yang disambut umat Islam seluruh dunia. Bulan istimewa yang mempunyai 1001 ganjaran pahala sudah hampir tiba.

Mungkin inilah hakikat yang pahit untuk ditelan namun sudah pasti Ramadan kali ini sangat berbeza buat kita semua.

Jika dilihat pada tahun-tahun sebelumnya, Bulan Ramadan disambut dengan suasana yang cukup meriah. Nikmat kemanisannya masih terasa. Suasana kemeriahan bazar Ramadan, jualan runtuh kuih raya, baju raya dan sebagainya masih dirindui dan dirasai.

Namun, berikutan pandemik COVID-19 yang telah menular di seluruh dunia, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan aktiviti bazaar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan, keputusan itu dilakukan untuk membendung penularan COVID-19 sekaligus memutuskan rantaian virus tersebut.

E-Bazar akan diwujudkan buat semua

Walaupun tiada gerai bazar Ramadan namun inisitif yang dilakukan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia untuk membangunkan platform e-bazar Ramadan kepada ahlinya untuk memberi peluang mereka berniaga secara dalam talian wajar dijadikan contoh.

Demi membela nasib para peniaga yang terkesan, E-bazar Ramadan menjadi platform untuk para peniaga menjual pelbagai jenis makanan buat orang ramai.

Mungkin Ramadan kali ini berbeza suasananya, namun mungkin juga Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan untuk kita mendekatkan diri pada Nya.

Kredit foto: Google

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”