Konsert By: Fatin Nurain November 8, 2023 @ 3:56pm

Sakti Kembali Ke Panggung Selepas 17 Tahun Menyepi, Bakal Beraksi Bersama Opick Di Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi 11 November Ini!

Selepas 17 tahun meninggalkan industri muzik, bekas pemain gitar kumpulan Indonesia Sheila On 7, Sakti bakal beraksi sepentas dengan penyanyi Opick di Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi, pada 11 November ini.

Menurut Sakti atau nama sebenarnya Salman Al Jugjawyy, dia tidak pernah menutup pintu hatinya terhadap industri muzik sepanjang 17 tahun menyepi.

Sebaliknya, dia hanya menjadi sebuah kembara panjang buat Sakti untuk menemukan kedamaian hati dalam pencarian rohaninya.

Tambah Sakti, konsert ini juga bakal menjadi kemunculan pertamanya selepas sudah sekian lam tidak beraksi di pentas besar.

“Sebagai mantan pemain gitar secara komersial, lamaran ikut terlibat dalam Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi – Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur ini jujurnya agak menakutkan bagi saya yang sudah belasan tahun tidak bermain di pentas.

“Namun pada akhirnya setelah difikirkan saya hanya mahu sama-sama menyebarkan dakwah dengan cara paling ‘tidak menakutkan’. Saya mahu berbagi manfaat, sama seperti Opick.

“Bersama Opick yang punya segudang karya berunsur kerohanian, mengajak kita pulang kepada Ilahi dan mencari redhonya, saya percaya apa yang cuba disampaikan oleh pihak Al Kauthar Eduqids dan Icon Entertainment dalam konsep persembahan ini bertujuan baik.

“Persembahan ini bukan untuk melalaikan tetapi bakal membawa kita berasa damai dan senang lewat untaian karya kerohanian yang nanti disampaikan oleh teman-teman lain. Sampai jumpa nanti dan merasakan kedamaian lewat persembahan di konsert ini nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Opick yang terkenal menerusi lagu Rapuh itu turut meluahkan rasa terujanya apabila dapat beraksi sepentas bersama Sakti.

“Nah, ini akan menjadi momen peribadi buat saya sendiri kerana bertemankan Sakti di atas panggung yang akan mengalunkan dengan indah karya-karya saya.

“Setelah itu ada juga rakan penyanyi dari Malaysia yang punya bakat luar biasa seperti Fazura, Amir Masdi, Zizi Kirana, Adi Priyo, Yabang Khalifah dan UNIC akan mengalunkan lagu-lagu kerohanian dengan manis,” katanya.

Sakti juga berharap penampilannya di konsert ini juga dapat dijadikan sebagai platform untuknya menyebarkan dakwah dan kebaikan kepada penonton.

“Semoga mereka yang hadir pada konsert saya akan mendapat banyak manfaat dan keberkatan daripada Allah SWT.
Insya-Allah, saya bermain gitar di atas pentas dengan niat untuk sebarkan kasih sayang dan kebaikan.

“Saya tidak mahu sekadar menyanyi sambil memetik gitar dan selepas persembahan selesai, penonton tidak dapat apa-apa kecuali hiburan semata-mata.

“Mungkin saya boleh kongsi amalan yang sesuai kepada penonton ketika membuat persembahan,” katanya.

Sekadar info, konsert anjuran Icon Entertainment itu juga bakal dihiasi dengan barisan artis hebat tanah air seperti Nur Fazura, UNIC, Zizi Kirana, Adi Priyo dan Yabang Khalifah di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Aug 2021

4 Filem Terbaik Di TV3 Sepanjang September Ini!

TV3 akan sentiasa menemani hujung minggu anda dengan 4 filem box-office terbaik dan berkualiti pada setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11.30 malam sepanjang bulan September ini menerusi Magnificent 8. Pastinya menghiburkan kerana filem-filem yang […]

Trending Fri, 19 Feb 2021

Pelajar Gemarkan Konsep DidikTV Kerana Pendekatan Silibus Pelajaran Yang Lebih Menarik

Baru sahaja dilancarkan pada 17 Februari yang lalu Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, DidikTV telah menerima pelbagai maklum balas yang baik dan menjadi buah mulut dalam kalangan ibu bapa, guru dan pelajar. Masakan […]

Trending Thu, 6 May 2021

Status Gagal Kredit, Pemohon Bantuan GKP Diminta Kemaskini Akaun Bank Jika…

Siapa yang ada masalah duit tak masuk-masuk tu bolehlah semak ye!

Hiburan Tue, 28 Sep 2021

“Dia Buat Pun Tak Cakap Dengan Saya” – Ellie Suriaty Dedah Azri Iskandar Diam-Diam Ambil Vaksin, Dah Lengkap 2 Dos

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty mendedahkan suaminya, pelakon Azri Iskandar sudah lengkap dua dos vaksinasi. Biarpun sebelum ini Ellie dan Azri diketahui enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas faktor keselamatan, Ellie akur dengan tindakan suaminya. […]

Filem Thu, 3 Nov 2022

Berang Dahi Disamakan Dengan Padang Bola, Respons Sajat Buat Netizen Ketawa!

Usahawan kontroversi, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila tular sebuah video dirinya tidak berpuas hati terhadap seorang wargamaya yang menegur keadaan dahinya. @sajatofficialtiktok DAHI SAJAT 3 JELA! DAHI KORG BERAPA ? #sajat #fyp […]

Trending Thu, 17 Aug 2023