Categories: Trending

“Saya Silap ‘Deactivated’ Sebab Nak…” Scha Al-Yahya Akui Kesilapan Sendiri Punca ‘Hilang’ Akaun Instagram

Pelakon dan pengacara terkenal, Scha Al-Yahya yang ‘hilang’ dari akaun instagram miliknya semalam ternyata menimbulkan pelbagai tanda tanya dikalangan peminat dan followers beliau.

Memiliki lebih 5 juta followers, ramai peminat beranggapan akaun @schaalyahya telah digodam malah, sesetengah peminat dan followers beliau menyifatkan isteri kepada pengacara Melodi, Awal Ashaari, mahu ‘berehat’ seketika dari media sosial seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini.

Scha akui kesilapan sendiri

Sumber : Instagram @schaalyahya

Menurut Scha, berlaku kesilapan teknikal ketika beliau mahu membuat pautan atau link akaun perniagaan Facebook miliknya.

“Saya silap deactivated. Nak terangkan di akaun Awal dan Lara macam tak kena pula. Jadi, saya cuba kemaskini semula dan maklumkan apabila sudah berjaya buat semula,” katanya.

Jadi kepada semua peminat dan followers Scha Al-Yahya, diharap kenyataan beliau ini mampu menjawab segala persoalan tentang kehilangan akaun instagram beliau semalam.

Salma Syahbuddin