Categories: Trending

“Tipulah Kalau Saya…” – Tuah Adzmi Cuba Sehabis Baik Dalam Vokal Mania

Pendatang baru dunia nyanyian, Tuah Adzmi mengakui gemuruh untuk bertanding di pentas Vokal Mania.

Membuka langkah dalam episod pertama Vokal Mania yang bakal bersiaran malam ini, Tuah dan tiga penyanyi lain, Alif Kadim, Wafariena dan Aisha Retno mewakili kumpulan penyanyi amatur (rookie).

Mereka akan menentang empat penyanyi profesional (idol) yang dibarisi oleh Indah Ruhaila, Tomok, Lan Solo dan Aina Abdul.

Semuanya berbakat!

“Tipulah kalau saya tak rasa gementar. Bukan sahaja saya gementar dengan idol, tapi saya turut gementar dengan semua peserta lain (rookie) yang menyertai Vokal Mania.

“Semua berbakat, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Sejujurnya, saya tak ada strategi. Saya hanya mahu buat terbaik dan berharap apa yang saya rancang, menjadi, Insya-Allah,” kata Tuah ketika dihubungi xtra.

Dalam pada itu, Tuah juga mendedahkan dia gementar untuk menyanyi secara duet dengan idol dalam sesi battle.

Tak tahu bakal duet dengan siapa…

“Sebenarnya, saya takut nak bertanding. Saya tak tahu akan battle dengan idol yang mana, jadi perasaan tu lagi gementar tau!

“Malam ini baru kami (rookie) akan tahu siapa idol yang menjadi pasangan duet kami di pusingan battle. Saya mahu semuanya berjalan lancar,” katanya yang baru sahaja melancarkan single Kecewa yang kini meraih lebih satu juta tontonan di YouTube.

Jadi, kalau nak tahu bagaimana agaknya persembahan dan lagu yang bakal dibawakan oleh idol dan rookie malam nanti, jangan lupa saksikan Vokal Mania, pada setiap Sabtu, 9 malam hanya di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3Malaysia dan tonton.com.mATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan 

Layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.  

Padin