Categories: Trending

“Sebelum Ada Rezeki, Kalau Boleh Kami Nak…” – Puteri Aishah Tak Rancang Soal Anak

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu bersama pilihan hatinya, kehidupan pelakon Puteri Aishah semakin bahagia disamping suami tercinta.

Sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan anak seni apabila disoal mengenai perkembangan selepas berkahwin terutamanya selebriti popular.

Memetik laporan Kosmo, pemilik nama Puteri Aishah Sulaiman itu memberitahu bahawa dirinya dan suami tidak pernah merancang atau menetapkan sebarang tempoh untuk menimang cahaya mata.

“Kami tidak merancang pun soal anak, jika ada rezeki, terima saja.

“Malah kami juga tidak menetapkan sebarang tempoh untuk mendapatkan zuriat. Semua itu bergantung pada rezeki yang Allah SWT beri. Jika ada, kami akan kongsi,” katanya.

Tambah pelakon Rahimah Tanpa Rahim itu, dia mahu memastikan ekonomi rumah tangganya stabil agar dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada zuriatnya kelak.

“Sebelum ada anak, kalau boleh kami nak stabilkan ekonomi rumah tangga terlebih dahulu sebab orang kata bila ahli keluarga sudah bertambah, komitmen juga semakin besar.

“Sebagai ibu bapa pastinya kami ingin berikan terbaik kepada anak-anak dan itulah yang saya dan suami sedang usahakan sekarang,” kata Puteri.

Disoal mengenai limitasinya sebagai pelakon selepas bergelar isteri. Puteri bersyukur kerana suaminya tidak meletakkan sebarang syarat.

“Suami sangat memahami. Sebelum kahwin pun kami ada berbincang mengenai keinginan saya untuk terus aktif dalam bidang lakonan.

“Biarpun dia tak cakap tetapi sebagai isteri, saya sendiri perlu peka dengan batasan yang sepatutnya,” jelasnya.

Isteri kepada seorang ahli perniagaan itu juga memberitahu dia akan berbincang dengan pengarah terlebih dahulu untuk mencari jalan lain jika terdapat adegan-adegan yang keterlaluan.

“Setakat ini saya tak pernah terima atau memerlukan berlakon dalam babak keterlaluan mahupun intim dengan pasangan pelakon.

“Jika ada sekali pun, saya akan berbincang dengan pengarah,” ujar Puteri.

Artikel Berkaitan: “Telefon Bimbit Mati Mengejut Sebab Banyak Notifikasi” – Suami Puteri Aishah Terima Banyak Friend Request Di Instagram

Sumber: Kosmo

Khairil Khusyairi