Categories: Trending

“Selamat Jalan Glenn Fredly” Pesan BCL Ini Bikin Sebak !

Ini muat naik pertama BCL selepas lama menyepi di instagram!

Selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair pada Februari lalu, ini adalah muat naik pertama Bunga Citra Lestari di laman instagram miliknya.

Pelantun lagu Cinta Sejati ini turut meluahkan rasa sedih beliau atas kehilangan rakan seperjuangannya, Glenn Fredly yang menghembuskan nafas terakhir beliau pada Rabu.

Tambahnya lagi, tahun 2020 cukup berbeza buat dirinya. Selain kehilangan suami tercinta, beliau turut bersedih apabila kehilangan rakan seperjuangan.

Sumber : xtra.com.my

BCL juga dilihat sempat meninggalkan pesan agar kita sentiasa saling menjaga dan mencintai serta menghargai setiap masa yang ada bersama insan yang kita cintai.

Sumber : Instagram @bclsinclair

Terdahulu, Glenn Fredly menghembuskan nafas terakhir beliau akibat radang otak di hospital Setia Mitra, Jakarta.

Salma Syahbuddin