Beberapa kawasan di Filipina dan Indonesia diarahkan berjaga-jaga susualan ancaman tsunami akibat kejadian gempa bumi kuat yang berlaku 11.30 pagi sebentar tadi.
Gempa 7.3 magnitud yang berpusat di Mindanao itu memberi ancaman kepada seluruh kawasan berpantai sepanjang 300 kilometer di bahagian selatan negara tersebut.
Beberapa buah pulau milik Indonesia iaitu Pulau Geme dan Tabukan Tengah serta kawasan Davou di Filipina juga diramal akan menerima kesan sekiranya berlaku kejadian tsunami.
Pihak berkuasa Filipina juga mengarahkan orang ramai di lokasi terlibat supaya menjauhi kawasan berpantai diantara pukul 12 tengah hari sehingga 2 petang atau sehingga amaran tsunami di tarik balik.
MetMalaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan tiada ancaman tsunami terhadap wilayah Malaysia.
Sumber: Dailymail, MetMalaysia
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja
Alamak! Betul ke ghost account?
cabaran bergelar bapa diusia muda