Categories: FeaturedTrending

Selebriti Tempatan Ucap Tahniah Buat Tun M, Perdana Menteri Ke-7

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada 9 Mei lalu melihat kemenangan yang tidak dijangka oleh gabungan parti politik menerusi Pakatan Harapan (PH) sekaligus mencipta sejarah baharu buat negara kita, Malaysia.

Berikutan dengan kemenangan itu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr.Mahathir Mohamad diberi mandat untuk kembali menduduki kerusi Perdana Menteri selepas 15 tahun meletak jawatan. Tahniah penulis ucapkan!

Golongan selebriti tanah air juga turut meluahkan rasa syukur atas kemenangan tersebut menerusi laman Instagram masing-masing. Penulis lihat seronok sungguh selebriti kita ini apabila Tun M dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-7. Ini antara ucapan selebriti khas kepada Tun M.

1. “Hari ini dalam sejarah, tak ada yang mustahil”

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti menyatakan pendapatnya bahawa sesuatu yang mustahil juga akan berlaku seperti mana kemenangan parti Pakatan Harapan yang menobatkan Tun M sebagai Perdana Menteri yang ke-7.

2. “Tahniah, ini pilihan Malaysia. Selamat Hari Baharu Malaysiaku”

Foto: Instagram Scha Alyahya

Menerusi Instagram Scha Alyahya pula, dia mengucapkan tahniah kepada Tun M dan menyatakan bahawa pemilihan kemenangan PRU14 kali ini adalah atas pilihan rakyat Malaysia.

3. “Tahniah. Tun satu dalam sejuta!”

Foto: Emma Maembong

Emma Maembong juga tidak terlepas meluahkan rasa bersyukur dengan kemenangan Tun M. Bagi Emma, Tun M telah membuktikan bahawa strategi yang dirancang oleh Tun M dalam menyertai Pakatan Harapan adalah tepat. Menurut Emma juga, kemenangan ini adalah untuk generasi sekarang dan akan datang.

4. “Kami sangat gembira, selamat kembali Perdana Menteri!”

Foto: Instagram Fatiya Latiff

Fatiya Latiff antara artis yang paling berani menyokong Tun M dari sebelum bermulanya PRU14 lagi. Fatiya menyatakan, Tun M melalui pelbagai tekanan namun beliau tetap tabah melaluinya dengan penuh kesabaran dan akhirnya telah berjaya. 

5. “Moga Allah permudahkan segala urusan Tun, moga Tun dapat selamatkan anak cucu kami..”

Foto: Instagram Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah juga turut melahirkan rasa gembira apabila Tun M menjadi Perdana Menteri semula. Melalui perkongsian gambarnya bersama Tun M, Sarah mengharapkan agar Tun M dapat menyelamatkan anak cucu pada masa akan datang dan menjadikan rakyat Malaysia senang seperti satu ketika dahulu.

6. “Tiada dua, hanya satu Tun M di hati saya dan ramai di luar sana.”

Berbeza pula di laman Instagram milik pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta yang telah memuat naik video dengan memuji keperibadian serta kepimpinan Tun M sejak dari dahulu lagi. Che Ta juga berharap dengan tampuk pimpinan yang baharu ini akan terus maju dan berjaya di samping mendoakan kekuatan dan kesihatan yang baik buat Tun M untuk terus menerajui tanah air tercinta, Malaysia.

Apa pun, sama-samalah kita mendoakan agar negara kita, Malaysia berada dalam keadaan aman dan sentiasa dilindungi dengan tampuk pemerintahan yang baharu oleh parti Pakatan Harapan yang diketuai Perdana Menteri yang baharu Tun Mahathir. 

tex_admin