Categories: Trending

Selit Dadah Dalam Coli, Dua Rakyat Malaysia Kena Cekup Di Jepun

Ditemui dalam keadaan mencurigakan, dua warga Malaysia ditahan Jabatan Polis Metropolitan dan Kastam Tokyo di Lapangan Terbang Haneda, semalam.

Badan Kawalan Jenayah Terancang di sana mendapati kedua-dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu membawa lapan paket dadah dianggarkan seberat 1.5 kilogram dengan nilai kira-kira 90 juta Yen (RM3,251,440).

Menurut laporan portal tempatan Jepun, The Asahi Shimbun, dua wanita itu dipercayai cuba menyeludup dadah yang disorokkan dalam pakaian dalam.

Kedua-dua wanita berkenaan mengaku menyeludup dadah ‘Stimulant’ dengan menyembunyikan dalam tuala wanita dan coli yang dipakai mereka dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Haneda.

Difahamkan, kedua-dua wanita berkenaan adalah rakan sekerja di sebuah hotel berkata, mereka pertama kali datang ke Jepun dengan visa jangka pendek.

Mereka diberikan dadah disyaki oleh seseorang yang mengarahkan mereka di Kuala Lumpur, dakwa Jabatan Polis Metropolitan.

SGMS Faida