Categories: Trending

“Semua Karakter Ada Dark Side” – Setanding Drama Korea, Plot Twist Takdir Yang Tertulis Buat Ramai Terkedu

Walaupun baru sahaja memasuki episod kelima ditayangkan namun populariti yang dibawa oleh drama bersiri Takdir Yang Tertulis tidak boleh disangkal lagi.

Mendapat sentuhan arahan daripada sutradara terkenal, Shahrulezad Mohameddin dan menggandingkan barisan pelakon Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Muhammad dan Alvin Chong dan ramai lagi, Takdir Yang Tertulis membawa sisi tersendiri.

Main jiwa, emosi dan perasaan

Bukan sahaja menonjolkan karakter utama Azlan yang dianggap gila harta dan pangkat sehingga mengorbankan cinta, malah  karakter lain dalam drama ini turut  mempunyai sisi gelap mereka tersendiri.

Cinta tak boleh mendahului kewarasan

Watak utama iaitu Azlan (Nazim Othman) di dalam drama tersebut terpaksa berkahwin dengan Juwita (Nad Zainal) hanya kerana desakan oleh Ruhila (Elvina Muhammad). 

Malah, Juwita juga turut dibutakan oleh cinta palsu Azlan yang hanya ingin menguasai hartanya sehingga Azlan sanggup menceraikannya.

Demi cintanya kepada Ruhila, Azlan sanggup membuang anaknya sendiri.

Kalau korang nak tahu penghujung antara cinta tiga segi ini, saksikan drama Takdir yang Tertulis  setiap hari Isnin & Khamis bermula jam 10 malam hanya di TV3. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”