Categories: Trending

Setahun Menyepi, Syamel Tampil Dengan Genre Berbeza Menerusi ‘Halusinasi’

Setelah hampir setahun menyepi, penyanyi berbakat besar yang sentiasa tampil dengan imej gentleman dan bersuara lantang, Syamel kembali dengan single terbaharu yang lebih menyengat berjudul ‘Halusinasi’.

Menurut Syamel lagi,  single terbarunya ini mempunyai genre yang berlainan  berbanding lagu-lagu ballad yang biasa dinyanyikannya. 

Bercerita mengenai lagu ‘Halusinasi’, beliau berkata:
“Ia mengisahkan tentang sebuah hubungan sepasang kekasih yang telah hambar dan tiada persefahaman lagi.

“Jalan terakhir adalah untuk meninggalkan kisah cinta yang telah terkubur itu namun pasangannya seakan berhalusinasi untuk melepaskannya, dan dia akhirnya terperangkap dalam situasi tersebut.


“Menariknya tentang video muzik Halusinasi nanti, saya akan menari, dan jika penonton ingin lebih tahu, nantikan pelancarannya tidak lama lagi,” kata Syamel.


Lagu ‘Halusinasi’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala video muzik lagu ‘Halusinasi’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”