Trending By: SGMS Faida April 24, 2019 @ 3:54pm

#SetulusIkhlas : Gambar Pekerja Suap OKU Jadi Tumpuan Warganet!

Tersentuh hati apabila melihat sekeping gambar yang memaparkan seorang pekerja di kedai mamak sedang menyuapkan makanan kepada seorang individu kurang upaya (OKU).

Perkongsian menerusi akaun Twitter @najib_fiqri atau Muhammad Najib Fiqri Sulaiman itu menerima sebanyak 27,000 ulang kicau (Retweet) manakala 19,000 tanda suka yang mana rata-rata netizen memuji tindakan pekerja tersebut.

Difahamkan, gambar berkenaan telah diambil oleh salah seorang rakannya dan gambar berkenaan telah dikongsi di group WhatsApp. 

Difahamkan, nama pekerja itu adalah Imran. Menurut salah seorang pengunjung di situ, Imran sudah lima tahun bekerja sebagai pelayan dan layanannya amat membanggakan. 

” Dia nampak je sombong tapi berhati mulia sudah 5 tahun berbakti dengan SA Maju, Skudai. Layanan mmg tiptop. Teh tarik jarang mengecewakan,” tulisnya ringkas.

Melihat sikap terpuji Imran itu, ada segelintir netizen mendoakan agar Allah memurahkan rezeki buat Imran dan tidak mustahil dia dapat memiliki kedai makan sendiri satu hari nanti.

Siapa tahu bukan? InshaAllah, semoga Allah SWT membalas kebaikan Imran!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Sep 2022
Trending Thu, 22 Apr 2021
Hiburan Tue, 9 May 2023
Featured Thu, 8 Dec 2022

“Our Trio Is Back!” – Netizen Sebak Persahabatan Rozyana Roslan, Sally & Mia Azhar Kembali Bertaut

Bagi pengguna TikTok, sudah pasti mereka mengenali tiga pempengaruh yang merupakan sahabat baik iaitu Rozyana Roslan, Sally dan Mia Azhar. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit krisis yang terjadi antara tiga sahabat baik itu apabila Sally dan Mia […]

Featured Fri, 12 Nov 2021

Bahaya! Tragedi ‘Funfair’ Cheras Selatan Korban Nyawa, Seorang Maut & Seorang Cedera Terjatuh Dari ‘Ferris Wheel’

Media sosial digemparkan dengan video tular pada tengah malam tadi yang memaparkan mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah terbaring di bawah permainan buaian berpusing. Memetik laporan Berita Harian, mangsa lelaki yang berusia 39 tahun […]

Hiburan Thu, 6 Oct 2022
Trending Tue, 14 Apr 2020

Video Pendek Bahasa Isyarat Berkenaan Covid-19 Disediakan Khas Buat OKU

Terima kasih atas usaha murni semua jurubahasa..