Categories: Trending

Tak Berkira, Nabila Huda Sanggup Beli Pakaian Sendiri Untuk Penggambaran Drama – “Kena Berbelanja Sikit Supaya Nampak Bagus”

Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil memberitahu sering membelanjakan sebahagian bayaran yang diterima menerusi naskah lakonannya.

“Ini adalah amalan yang saya buat sebagai pelakon sejak tahun 2008. Saya akan belanjakan wang gaji dengan membeli pakaian yang sesuai dengan watak dalam TV.

“Selalunya saya akan habiskan 50 peratus daripada gaji. Ia bergantung kepada berapa jumlah saya dibayar. Saya ada bajet sendiri.

“Kalau produksi tak boleh ikut permintaan, saya akan minta mereka carikan pakaian dan saya fokus kepada lakonan sahaja,” jelasnya.

Memetik laporan mStar, pelakon filem Munafik itu mengakui persiapan yang awal berkaitan watak sangat membantu dirinya menentukan pakaian yang sesuai.

“Bila dah baca dan faham jalan cerita, saya akan lakukan break-down konti dan tentukan baju apa yang akan dipakai. Saya akan pilih dan susun ikut babak.

“Bukan senang nak berlakon drama, kena berbelanja sikit supaya nampak bagus,” katanya.

Dalam pada itu, Abil tidak terlalu risau dengan penggambaran filem kerana pihak produksi akan menyediakan pakaian untuk semua watak.

Sumber : mStar

Syamir Shafie