Categories: Trending

Tak Dibayar Gaji 3 Bulan Dan Terpaksa Ganti Susu Anak Dengan Air Sirap, Pekerja Utusan Terus Menderita

Pekerja Syarikat Utusan Melayu Berhad terus berdepan dengan masalah kewangan apabila Syarikat Utusan Melayu Berhad dikatakan gagal membayar gaji kepada pekerjanya selama lebih 3 bulan. 

Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Chin Sung Chew, hampir seramai 769 kakitangan terkesan dengan masalah penggajian ini sehinggakan terpaksa berhutang.

Syarikat itu mengalami masalah kewangan berikutan kekalahan UMNO dalam pilihanraya tahun lalu. 

Menerusi MalaysiaKini,

“Umno langsung tidak mempedulikan nasib kakitangan Utusan ketika ini sehingga sanggup melihat pekerja Melayu hidup menderita demi kepentingan politik mereka.”

Kakitangan Utusan juga terpaksa menanggung beban hutang yang banyak, malah ada yang terpaksa menggantikan susu anak dengan air sirap kerana tidak mempunyai wang untuk melangsungkan kehidupan.

Masalah kewangan ini terus melanda pekerja Utusan, kos sara hidup yang tinggi serta kejatuhan syarikat itu menjadi beban buat para pekerja. 

Bantuan Tabung Prihatin NUJ-Utusan 

Justeru, satu inisiatif menerusi bantuan tabung prihatin NUJ-Utusan akan ditubuhkan dan sumbangan boleh disalurkan kepada akaun CIMB Kesatuan Wartawan Kebangsaan 8000367100.

Sumber: Malaysiakini 

 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”