Categories: Trending

Teka Teki Terjawab! PM Akhirnya Umum Tempoh PKP Dilanjutkan Hingga 28 April

Umum mengetahui YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan perutusan khas kepada semua rakyat Malaysia sekitar jam 4 petang tadi berkenaan dengan situasi semasa dalam negara dan perkembangan terkini wabak COVID-19.

Dalam perutusan tersebut, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan dua minggu lagi iaitu bermula pada 15 April hingga 28 April.

Tempoh itu dilanjutkan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 sekaligus memutuskan rantaian COVID-19 sepenuhnya.

Terdahulu, tempoh PKP menjadi perdebatan hangat ramai warga net di laman sosial apabila terdapat ura-ura tempoh itu bakal dilanjutkan berikutan beberapa kes yang melibatkan kluster baru.

Orang ramai turut dinasihatkan untuk mematuhi perintah larangan pergerakan bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Tonton video penuh perutusan rasmi YAB Perdana Menteri di bawah

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”