Categories: Trending

“Terlalu Peribadi Untuk Dikongsi…” – Didakwa Potong ‘Que’ Untuk Dapatkan Vaksin, Eina Azman Mohon Maaf

Kalau beberapa hari lepas tular di laman sosial kononnya ramai pihak yang mempertikaikan status selebriti popular, Datin Paduka Eina Azman yang telah menerima vaksin di Hospital Bainun, Perak pada Rabu lalu.

Malah, Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr Abdul Malek dalam satu kenyataannya menafikan bahawa dakwaan Eina Azman dan suami memotong giliran pengambilan vaksin seperti yang tular dimedia sosial adalah tidak betul.

Bagi menjawab persoalan tersebut, Eina Azman tampil memohon maaf menerusi muat naik di laman Instagram miliknya dengan mengesahkan dirinya mempunyai masalah kesihatan yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.

“Saya memohon maaf andai kata perkongsian di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak.

“Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa, apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.

“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum. Hanya pengetahuan keluarga sahaja,” katanya.

Malah, pelakon itu juga dilihat memadam perkongsiannya sebelum ini bagi mengelakkan isu tersebut bertambah rumit.

 

ARTIKEL BERKAITANNetizen Dakwa Eina Azman & Suami Potong Barisan Vaksin

Salma Syahbuddin