Categories: Trending

Tiada Lagi Operasi Khalwat Lepas Ini? Menteri Minta Tunggu Isnin Untuk Pencerahan

Susulan tiada lagi ketukan pintu operasi khalwat selepas ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa meminta semua pihak bersabar untuk penjelasan lanjut.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, beliau memaklumkan akan menjelaskan kenyataannya berhubung penguatkuasaan jenayah khalwat Isnin ini.

“Tiada apa yang salah dalam kenyataan saya itu. Tunggu Isnin ini saya jelaskan. Buat masa ini saya tidak mahu komen,” kata beliau pihaknya akan melakukan perbincangan meja bulat berhubung isu berkenaan.

Dalam laporan eksklusif The Star, akhbar itu melaporkan tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Mujahid menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

Dalam temu bual itu, Mujahid turut dilaporkan mengutuk tindakan memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam pembaharuan yang akan dilakukan nanti.

SGMS Faida