Categories: TECHTrending Hari Ini

Jadikan Kad MicroSD Sebagai “Internal Memory” Telefon Pintar

Telefon pintar dengan memori dalaman besar sudah tentu mahal harganya. Untuk yang bersaiz 32GB sahaja sudah mencecah ribuan ringgit. Dengan memasukkan kad Micro SD sebagai memori tambahan juga tidak dapat menyelesaikan masah tersebut kerana “external memory” tidak sama fungsinya dengan “internal memory”, banyak aplikasi yang tidak dapat dijalankan pada storan luaran.

Jangan risau, tips kali ini kami kongsikan cara-cara untuk jadikan kad Micro SD sebagai “internal memory” telefon pintar anda yang mana ianya akan menjalankan fungsi yang sama seperti memori yang sudah sedia ada dalam telefon pintar. Apapun sebulum mula, pastikan telefon anda dikemaskini dengan android 6.0 marshmallow terlebih dahulu. Satu sahaja kelemahan yang mungkin terjadi sekiranya menggunakan kaedah ini, iaitu kelajuan telefon pintar anda mungkin akan berkurangan sekiranya menggunakan kad MicroSD yang murah. Pastikan anda guna kad memori dengan kelajuan tahap 10 untuk dapatkan kelajuan maksimum.

Sekiranya anda sudah bersedia, ikuti langkah-langkah berikut.

1.Pertama sekali, masukkan kad MicroSD kedalam slot telefon pintar anda, kemudian setelah ianya dibaca, masuk ke menu “setting”.

2.Skroll ke bawah dan pilih menu “storage”.

3.Pilih kad MicroSD yang anda masukkan tadi kemudian pilih menu “more”,kebiasaannya menu ini di wakili oleh tiga titik menegak pada bahagian atas sebelah kanan. Seterusnya klik “storage setting”.

4.Seterusnya pilih “format as internal”

5. Akan muncul paparan konfirmasi “Erase & Format”, pilih sahaja “Ok”.

Setelah semuanya berjaya, maka ruang memori telefon pintar anda sudah di naik taraf saiznya. Cuma satu sahaja pesan kami, gunakan kad MicroSD yang berkualiti tinggi dengan kelajuan tahap 10, jika tidak kelajuan telefon anda  dalam menyimpan data akan menjadi perlahan walaupun RAM dan Pemprosesnya berkuasa tinggi. Selamat mencuba.

SGMS Putri