Trending By: SGMS Faida April 2, 2018 @ 11:36am

Tiga Beradik Hilang Ibu-Bapa Sekelip Mata

Sekelip mata, kehidupan tiga beradik ini berubah serta-merta. Kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dipandu oleh anak sulung, Mohd Faiz Hakim, 18 yang membawa ibu-bapanya, Allahyarhamah Zahera Ahmad, 55 dan bapa Darwis Sanja, 45 berakhir dengan tragedi menyayat hati.

Farhah Darwish, anak kedua kepada pasangan suami isteri yang maut pada Sabtu lalu memberitahu arwah ibunya pernah berpesan agar menjaga diri sebelum bertolak ke Perak menghadiri perkahwinan sepupu.

Dalam kejadian itu, ibu Farhah, Zahera Ahmad, 55, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta yang dipandu abang, Mohd Faiz Hakim, 18, terbabas di Kilometer 413.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur dekat Lembah Beringin, Kuala Kubu Baru.

Ayahnya, Darwis Sanja, 45, yang parah di kepala meninggal dunia malam tadi ketika dalam perjalanan dengan ambulans balik ke Port Dickson.

Bagaimanapun, Mohd Faiz Hakim dan seorang adiknya, Nurul Fadilah Aisyah, 13, cuma cedera ringan.

Farhah berkata, dia mengetahui kemalangan yang menimpa keluarganya pada 3 petang ketika mengikuti kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yam Tuan Radin, Lukut.

“Sepatutnya saya juga bersama mereka tetapi tak dapat sebab kursus. Saya reda dengan ketentuan Allah namun berharap akan terus tinggal di rumah ini,” kata pelajar SMK Pasir Panjang itu.

Katanya kepada Harian Metro, bapa saudara ada mengatakan mahu menjaga mereka tetapi perlu berpindah ke Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

“Apa pun kami akan berbincang sebaik selesai urusan pengkebumian ayah di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Raya selesai.

“Arwah ibu selamat dikebumikan di awal pagi semalam. Kehilangan kedua ibu dan bapa sekelip mata itu pasti merubah kehidupan kami tiga beradik,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Jul 2022

Ahirine Ahirudin Risau Berlakon Di Samping Hattan

Mestilah nervous, artis otai tu!

Hiburan Fri, 15 Sep 2023
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Cahaya Mata Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Mon, 15 May 2023
Featured Wed, 29 Jun 2022
Trending Mon, 16 Apr 2018

Chinese Woman Becomes Beggar Because She’s “Too Pretty to Work”

She proudly stated that she is healthy but does not want to work anyways.