Bergelumang di dalam dunia pendidikan sebagai guru ternyata bukan kemahuan hati wanita berasal dari Vancouver, Kanada ini.
Akhirnya dia mengambil keputusan melepaskan kerjayanya untuk mengejar cita-cita sebenar.
Menjadi jurusolek itulah yang dicita-citakan sejak dulu. Tidak menunggu masa yang lama Mimi Choi, 32, cepat membina populariti malah sangat terkenal dengan keupayaannya membuat solekan ilusi
Bercakap mengenai kerja lamanya, bidang perguruan membataskan dirinya untuk menyerlah bakat yang sebenar.
“Jujur saya menikmati waktu-waktu mengajar bersama anak-anak. Namun dengan menjadi guru saya merasa kreativiti agak terbatas. Saya tidak akan berasa bahagia dan mempersiakan bakat yang saya ada sekiranya tidak memanfaatkan kebolehan dengan berhijrah ke bidang baru.
“Sesudah berhenti kerja sebagai guru, saya akhirnya kerap melakukan eksperimentasi solekan dengan menggunakan teknik ilusi.
“Semua hasil karya saya dikongsikan di laman sosial seperti Instagram dan Facebook yang menggunakan nama @mimles. Tanpa disangka-sangka, ramai yang menyukai karya saya sehingga memperlihatkan peningkatan jumlah pengikut dari masa ke semasa. Di mana jumlah terkini adalah 642,000,” katanya.
Merupakan lulusan sekolah kecantikan, Mimi sebelum ini sudah memiliki pengalaman menyolek pengantin. Malah, akuinya hal itu dilakukannya dengan sangat baik.
Pun begitu, keputusannya berhenti menjadi guru bukan untuk menjadi jurusolek pengantin semata-mata bahkan merasakan harus menambah baik kemampuannya dalam solekan.
“Awalnya saya terfikir untuk melakukan hal yang berbeza bagi meraikan Halloween. Saya melihat-lihat foto di Instagram dan menemukan foto perempuan yang wajahnya seolah-olah pecah,” katanya.
Teruja dengan cara merias wajah seperti di foto yang baru saja dilihatnya, Mimi mencuba solekan yang sama dan menjadikan wajahnya sendiri sebagai kanvas.
Caranya, Mimi mempelajari teori perspektif, dia seolah-olah membuat lukisan tiga dimensi di permukaan rata. Kini, Mimi dengan lancar dapat melukis wajahnya seolah tampak pecah atau berlapis-lapis.
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja
Alamak! Betul ke ghost account?
cabaran bergelar bapa diusia muda