Featured By: Khairil Khusyairi November 20, 2022 @ 4:44pm

“Allah Makbulkan Doa Saya” – Azwan Ali Menangis Azmin Ali Kalah

Pengacara sensasi, Azwan Ali meluahkan rasa syukur dan lega apabila abangnya, Datuk Seri Azmin Ali tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Gombak.

Memetik laporan Getaran, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu berpendapaat tindakannya yang menarik diri daripada bertanding sebagai calon bebas di kerusi parlimen itu tidak sia-sia.

“Awalnya memang saya bengang dengan kecaman-kecaman nerakazen (gelaran untuk netizen) bila ada yang cakap kononnya dalam mimpi itu bukan Mak Tom tetapi syaitan.

“Memang saya marah dengan nerakazen ini. Sebab saya mimpi arwah ibu saya bukan arwah ibu mereka. Jadi, tolong diam!

“Saya juga faham kenapa dalam bisikan itu Mak Tom meminta saya menarik diri. Terima kasih kepada Mak Tom sebab walaupun dia berada di alam sana. Tapi, saya tahu dia mendengar segala masalah saya,” katanya.

Azwan juga meluahkan rasa sedih apabila mendapat tahu kekalahan abangnya itu semalam malah memberitahu bahawa doanya telah dimakbulkan Allah.

“Maafkan saya sebab saya menangis. Tapi, berita (kekalahan Azmin) ini amat menyentuh perasaan sebab saya sudah lama kehilangan Azmin.

“Tapi selama ini puas saya bersabar seperti mana warkah saya untuk Azmin yang viral sebelum. Saya telah dedahkan segala-galanya.

“Demi Anwar Ibrahim, dia (Azmin) sanggup buat kami sekeluarga. Apa masalah dia ketika itu, kami pun tidak tahu. Tapi, memang kami sedih bila dia sanggup buat begitu (buang keluarga).

“Tapi, Allah SWT telah makbulkan doa Azwan Ali yang teraniaya. Allah SWT mendengar dan peristiwa yang berlaku ini mengajar Azmin untuk move on dengan sikapnya yang ego, sikap rasa bagus dan rasa hebat sangat,” ujarnya.

Jelas Azwan lagi, dia turut mengalirkan air mata kerana memikirkan keluarganya malah menyifatkan bisikan arwah ibunya tidak sia-sia.

“Sebaik sahaja saya menerima berita itu saya menangis yang teramat sangat. Bukan menangis sebab saya sedih dia kalah.

“Tapi saya menangis kerana ia air mata kesyukuran dan saya juga menangis kerana memikirkan apa yang terjadi kepada keluarga kami bertahun-tahun. Setelah puas bersabar, akhirnya Tuhan tunjukkan kebenaran. Tapi terlalu lambat.

“Berita tentang kekalahan Azmin juga saya muat naik dalam warkah kedua di IG dengan memaparkan gambar Mak Tom. Ia juga turut menjelaskan perasaan saya. Tapi, yang pastinya, air mata saya tentang bisikan Mak Tom memang tidak sia-sia,” jelasnya.

Azwan juga turut meluahkan rasa terima kasih kepada pengundi-pengundi di Parlimen Gombak malah menganggap kekalahan abangnya pada PRU15 adalah atas mulut jahatnya sendiri.

“Terima kasih sebab mereka buka mata tentang siapa Azmin Ali. Kes Azmin ini adalah kes yang elit. Ia mengajar kita supaya jangan mengkhianati sesama manusia.

“Dan kita lihat sendiri, rantaian pengkhianat semuanya kalah. Padan muka. Rupanya, mulut jahat Diva AA tidak sia-sia.

“Terima Kasih Allah SWT. Terima kasih banyak-banyak. Azmin Ali ini satu nama yang melibatkan sejarah-sejarah besar negara, perubahan politik negara dan juga terkaitnya dia dengan adik dia yang gila glamor.

“Sebelum ini, saya pernah tujukan lagu ‘Terbang Helang’ daripada Datuk Sharifah Aini buat dia. Tapi, bagi mengiringi mood saya pagi ini, saya akan tujukan pula lagu Anita Sarawak, ‘Akhirnya Kini Pasti’,” tutup Azwan.

Terdahulu, Azwan mengumumkan menarik diri saat akhir pada penamaan calon di kerusi Parlimen Gombak sebagai calon bebas.

Sumber: Getaran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Nov 2018

Rindu Nak Berlakon Karya Bermutu, Akhirnya Rahim Jailani…

Rahim berpendapat skrip dan jalan cerita Pokok hebat dan mesej yang ingin disampaikan juga jelas berguna kepada masyarakat.

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Featured Tue, 7 Feb 2023
Trending Mon, 2 Dec 2019

‘Pakcik’ No Longer Has To Buy Burger For His Wife Again Because Secret Recipe Has Done The Deed

We feel very happy to see those happy smiles carved on the family’s faces. Happy belated birthday!

Hiburan Wed, 15 Nov 2023

Alamak, Ada Adegan Lentok Sikit… Aksi Ella & Vokalis Radja Jadi Bahan Kecaman Warganet

Tak baik tau netizen cakap macam tu! Ella terlalu feel tu🔥🔥🔥

Hiburan Mon, 22 Apr 2024

Datin Red Dedah Datuk Red Tak Balik Beraya – “Saya Tak Post, Maksudnya Tak Ada La”

Alamak, kenapa Datuk Red tak balik raya dengan Datin Red tu?

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

T-ara芝妍撞鬼搬家⋯祂竟跟到新宿舍!

韩国女团T-ara过去在宿舍里撞鬼的经历也被掀出,她们出道前曾误住入闹鬼宿舍,芝妍、昭妍都在同个位置看见不同的鬼!