“Bila Dah Betul Bersedia, Saya Akan Buat Untuk Allah…” – Daiyan Trisha Jelas Belum Berhijab

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha yang baru pulang menunaikan umrah kini tampil dengan imej berturban dan memaklumkan tujuannya adalah untuk menghormati bulan Ramadan.

Menurut Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, memberitahu dia akan menutup aurat jika benar-benar sudah bersedia dan tidak dalam keadaan yang tergesa-gesa.

“Sebenarnya pemakaian turban ini bersempena bulan Ramadan. Lagipun saya baru balik dari umrah, jadi lebih baik saya tutup. Tapi buat masa sekarang ini memang untuk Ramadan sebab sebelum pergi umrah pun Daiyan dah mula menutup aurat sikit.

“Daiyan cuba untuk istiqamah tapi buat masa sekarang memang tak rancang lagi. Niat tutup memang untuk menghormati bulan Ramadan.

“Daiyan taknak lah bila balik umrah terus pakai tudung lepas tu buka. Itu memang saya tak suka. Bila saya dah betul bersedia, betul-betul ikhlas nak menutup aurat, saya akan buat untuk Allah dan diri sendiri,” jelas Daiyan.

Penyanyi lagu Penat ini berkata dia bersyukur mempunyai peminat yang sentiasa positif dan tidak menghakimi dalam apa jua tindakan yang diambilnya.

“Daiyan sangat gembira bila ada peminat yang sangat menyokog dan pada masa sama mereka faham dan tidak menggesa saya untuk bertudung.

“Masa balik dari umrah, saya perlu memuat naik beberapa keping foto ‘free hair’ dan pada awalnya saya risau kalau orang marah. Tapi bila dah ‘post’, tiada siapa cakap apa-apa.

“InsyaAllah peminat-peminat saya sangat positif dan mereka akan terus mendoakan saya agar saya istiqamah,” ujarnya lagi.

Sumber: Gempak

Maya Basir