Diskaun Saman Sehingga 80 Peratus Bermula Hari Ini Sehingga…

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menawarkan pengurangan saman trafik terpilih sehingga 80 peratus bermula Khamis sehingga 12 Disember ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim memaklumkan, diskaun tersebut diberikan sempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan kemalangan, memotong secara berbahaya, menggunakan lorong kecemasan, tidak patuh isyarat lampu merah dan memotong di garisan berkembar,” katanya.

Tambahnya lagi, kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun (NC), berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan pengubahsuaian ekzos kenderaan turut tidak ditawarkan pengurangan.

“Pembayaran boleh dibuat di kaunter PDRM di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Kontinjen (IPK) serta menerusi aplikasi MyBayar Saman sepanjang empat hari tersebut.

“Individu atau syarikat dan entiti perniagaan boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan mybayarsaman@rmp.gov.my ataupun muat turun aplikasi di platform Google Playstore, Apple Appstore dan Huawei Appgallery,” katanya.

Namun, pihak PDRM menggalakkan agar orang ramai membuat pembayaran kompaun secara dalam talian (online) bagi mengelakkan kesesakkan di kaunter.

 

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin