Geng Basikal Wanita Berlakon Jadi Cacat Ingin Masuk Tandas Khas Undang Kemarahan Netizen

Selepas video lelaki berlakon sebagai orang cacat demi mendapatkan ‘parking’ di petak khas golongan orang kelainan upaya (OKU), kini muncul lagi video membabitkan geng wanita berbasikal mempersendakan OKU.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok bernama @joker896, berkongsi mengenai tindakan dua wanita daripada kumpulan berbasikal itu apabila mereka seakan-akan mengikut cara golongan OKU berjalan.

@j0ker896

♬ bunyi asal – user6996176328663

Mereka berkelakuan begitu semata-mata mahu menggunakan tandas khas golongan OKU dan ketawa terbahak-bahak apabila mereka melakukan perbuatan itu di hadapan tandas khas itu.

Mereka seperti tidak berasa bersalah apabila bergelak sakan melihat salah seorang daripada mereka berpura-pura cacat sebelum memasuki tandas OKU dan menutup pintu dari dalam.

“Jangan hina orang OKU” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat marah dan tidak berpuas hati dengan perbuatan mereka yang mempersendakan golongan OKU.

Malah, ramai netizen mengatakan perkara itu tidak kelakar dan berdoa agar kelakuan mereka menjadi nyata.

Marcella