“Doktor Kata Kanser Perut Last Stage..”- Keadaan Ayah Semakin Tenat, Ebit Lew Mohon Doa Ramai

Keadaan bapa kepada Ustaz Ebit Lew yang semakin tenat sejak beberapa bulan lalu semakin mengundang sebak orang ramai.

Terkini, beliau sempat berkongsi mengenai keadaan semasa ayahnya yang kini sedang  terlantar di hospital dan menderita.

Dalam perkongsian di laman Facebooknya, Ustaz Ebit Lew dilihat memakai sut PPE yang lengkap ketika melawat bapanya di hospital.

Menurut Ebit lagi, sel kanser sudah merebak ke seluruh badan serta memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik.

Lebih memilukan, Ebit berkongsi mengenai  harapan bapanya yang berharap agar  dia tetap meneruskan misi membantu orang ramai.

“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.

“Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Aku hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah,” tulisnya.

Sama sama kita doakan yang terbaik buat bapa Ustaz Ebit Lew. Syafakillah.
Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”