Iman Troye Dedah Teman Lelaki? Peminat Lelaki Patah Hati

“Lambat sangat nak tunggu dia ‘expose’, takpela kita buat sendiri.”

Demikian kapsyen penyanyi Iman Troye yang dikatakan mendedahkan teman lelakinya dengan memuat naik video di akaun TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian itu, difahamkan lelaki tersebut lambat untuk mendedahkan status masing-masing dan akhirnya, Iman mengambil keputusan untuk mendedahkan ia kepada umum.

@imantroye lambat sangat nak tunggu dia expose, takpela kita buat sendiri 🙂 #fyp ♬ original sound – 1709 yz

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai peminat Iman Troye terutamanya dalam kalangan peminat lelaki kecewa apabila mendapat tahu dia sudah memiliki teman lelaki.

Sebelum ini, Iman pernah dikaitkan dengan penyanyi Naim Daniel sehingga menjadi bualan hangat netizen apabila mereka dilihat sangat mesra seperti pasangan sedang bercinta.

Namun, penyanyi muda ini menafikan perkara tersebut dan mengakui bahawa hubungan mereka hanyalah seperti adik dan abang sahaja.“Lambat sangat nak tunggu dia ‘expose’, takpela kita buat sendiri.”

Demikian kapsyen penyanyi Iman Troye yang dikatakan mendedahkan teman lelakinya dengan memuat naik video di akaun TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian itu, difahamkan lelaki tersebut lambat untuk mendedahkan status masing-masing dan akhirnya, Iman mengambil keputusan untuk mendedahkan ia kepada umum.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai peminat Iman Troye terutamanya dalam kalangan peminat lelaki kecewa apabila mendapat tahu dia sudah memiliki teman lelaki.

Sebelum ini, Iman pernah dikaitkan dengan penyanyi Naim Daniel sehingga menjadi bualan hangat netizen apabila mereka dilihat sangat mesra seperti pasangan sedang bercinta.

Namun, penyanyi muda ini menafikan perkara tersebut dan mengakui bahawa hubungan mereka hanyalah seperti adik dan abang sahaja.

Maya Basir