Isu Pegawai Halang Rakam Video Di PPV, Ini Respons KJ Sebagai Menteri Kesihatan Baharu!

Isu melibatkan rakaman video di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sering menjadi perdebatan dalam kalangan ramai.

Walaupun kerajaan membenarkan rakaman video ketika suntikan diberikan di PPV, namun terdapat banyak situasi berlaku di mana orang awam tidak dibenarkan merakam dengan alasan yang tidak munasabah.

Baru-baru ini, seorang warganet berkongsi pengalamannya sewaktu menerima vaksin.

Menerusi video tersebut, individu itu dilihat dihalang oleh seorang petugas kesihatan ketika sedang merakam video.

Alasan yang diberikan oleh pegawai tersebut adalah kerana polisi merakam video tidak lagi digunapakai setelah peletakkan jawatan bekas Menteri Penyelaras Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin (KJ).

Rata-rata warganet berpendapat bahawa perkara tersebut tidak wajar terjadi malah mereka juga bersetuju bahawa tidak semestinya jika seorang menteri meletak jawatan, semua arahannya sudah terbatal.

Walaubagaimanapun, selepas pengumuman senarai kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, isu terbabit kembali menjadi perhatian selepas KJ dilantik sebagai Menteri Kesihatan yang baharu.

Selepas pengumuman dibuat, KJ memberikan respons terhadap tweet terbabit dengan teguran “Assalamualaikum” kepada petugas berkenaan.

Menerusi maklum balas netizen terhadap tweet tersebut, ramai yang berharap agar petugas kesihatan itu segera dikenakan tindakan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”