“Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video-Video Palsu” – Gosip Bakal Nikahi Ira Kaza, Ibu Syamsul Yusof Buka Mulut!

Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail memohon agar semua pihak tidak terus memperkatakan spekulasi mengenai anaknya yang bakal berkahwin dengan wanita bernama Ira Kaza dalam waktu terdekat.

Fatimah memberitahu dia akan menghubungi bapa kepada Ira, pelakon veteran Kazar Saisi agar berhenti mengugut anaknya untuk berkahwin.

Tambahnya, pasangan suami isteri itu masih saling sayang menyayangi.

“Janganlah di war-warkan berita yang belum sahih. Tolonglah.. Saya akan bagitahu keluarga Kazar supaya jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video palsu itu!

“Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anak,” katanya.

Menurut Fatimah, berita yang tersebar itu masih belum sahih dan anaknya memilih untuk berdiam diri bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

“Syamsul diam kerana tak mahu memburukkan keadaan!,” ujarnya lagi.

Terdahulu, spekulasi Syamsul bakal berkahwin dengan Ira mula timbul apabila sebuah blog mendakwa bahawa seorang pengarah bakal berkahwin dengan kekasih yang merupakan anak kepada pelakon veteran.

Meskipun tidak mendedahkan identiti sesiapa, namun rata-rata mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira.

Laporan tersebut melaporkan pengarah tersebut bakal berjumpa bapa mentuanya iaitu pelakon Kazar Saisi bagi membincangkan hasrat itu.

Sumber: OhBulan

Maya Basir