Kes Gangguan Seksual Babitkan Ebit Lew, Kertas Siasatan Kini Di Peringkat Akhir

Sejak September tahun lalu, kes membabitkan gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit lew (UEL) antara topik paling hangat diperkatakan.

Dan kini, pihak polis memaklumkan bahawa kertas siasatan melibatkan tuduhan dan fitnah ke atas UEL telahpun berada di fasa terakhir siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Gangguan Seksual: “Ini Satu Fitnah Yang Sangat Kejam & Melampau” – Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN:“Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa Dedah Aib Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN:Tindakan Tegas Tanpa Kompromi Buat Individu Terlibat Penularan Video & Mesej Lucah Babitkan Ebit Lew

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, kertas siasatan sudah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara, baru-baru ini namun dikembalikan semula untuk ditambah baik.

“Siasatan masih dijalankan dan kini berada di peringkat akhir. Ia akan diselesaikan secepat mungkin sebelum kertas siasatan yang lengkap dihantar semula (kepada Pejabat Peguam Negara).

“Sebelum ini kita sudah hantar kertas siasatan yang lengkap namun dikembalikan semula untuk penambahbaikan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Tampilkan Bukti, Dakwa Video S*ks Kononnya Milik Ebit Lew Adalah Deepfake

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Rasa Berdosa, Takut Azab Allah Dari Kejian Manusia” – Didakwa Dengki Terhadap Ebit Lew, Firdaus Wong Buka Mulut

Terdahulu, siasatan terhadap Ebit Lew atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ebit dirakam percakapan bagi membantu siasatan pada Ogos dan Oktober lalu, dan beliau berkata, dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Gangguan Seksual: “Ini Satu Fitnah Yang Sangat Kejam & Melampau” – Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN: “Ketahuilah Ia Kerosakan Yang Besar..”- Hantaran Sahabat Baik Ebit Lew Curi Perhatian Warganet

ARTIKEL BERKAITAN:“Makhluk Langsung Tiada Kuasa, Allah Nak Pelihara Pasti Terpelihara” – Isu Hina & Fitnah Melampau, Ebit Lew Tidak Kisah

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin