Categories: Trending

“Ya, Buat Kali Yang Kedua” – Nabila Razali Positif Covid-19 Lagi!

Penyanyi Nabila Razali memaklumkan dirinya positif wabak Covid-19 buat kali yang kedua.

Pelantun lagu Peluang Kedua ini mendedahkan berita dukacita terbabit menerusi kemas kini terbaharunya di laman sosial Instagram.

“Assalamualaikum. Dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya telah dijangkiti virus Covid-19 buat kali yg kedua (Ya, kali kedua).

“Banyak kerja terpaksa saya tangguh dan batal untuk 10 hari mendatang. Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur mahupun sesiapa yang terkesan dengan berita ini,” katanya.

Penyanyi lagu Putus itu juga memohon doa dan berharap semua pihak menjaga diri mereka.

“Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. Covid is real guys dan it’s still out there. Stay safe. Wasalam,” katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut serta rakan artis mendoakan kesembuhan Nabila dan mereka turut memberikan kata-kata semangat buat pelantun lagu Pematah Hati ini.

Padin