Kongsi Berita Gembira, Alif Satar Kini Bebas COVID-19

Semalam, tular apabila pelawak Zizan Razak dilihat menghubungi Alif Satar yang masih terlantar di hospital untuk memberikannya nasihat dan semangat berdepan dengan ujian COVID-19. 

Baca artikel berkaitan : “Kau Jangan Ikut Perasaan Yang Buat Kau Susah Hati” – Nasihat Zizan Untuk Alif Satar Buat Ramai Tersentuh

Mungkin juga kerana berkat doa orang ramai, hari ini, pelakon dan pengacara Alif Satar mengumumkan dirinya bebas daripada virus tersebut setelah 12 hari ditahan di wad. 

Berita gembira itu diumumkan menerusi Instagram rasmi Alif dengan kapsyen ringkas “Salam Jumaat.. Al- Kahfi mode on!”

Perkongsian itu mendapat likes daripada ramai dan rata-ratanya bersyukur dengan berita gembira itu.

Alhamdulillah, kami di Xtra turut gembira dengan perkhabaran berita ini. Semoga Alif dan keluarga sentiasa dilindungi. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”