KWSP Perjelas Kenapa Pemohon i- Lestari Tidak Terus Diluluskan ke i- Sinar

Ramai yang masih mempersoalkan keputusan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk tidak meluluskan secara automatik penerima i-Lestari kepada skim i-Sinar. 

Menurut Ketua Pegawainya, Alizakri Alias, keputusan tersebut adalah kerana perbezaan situasi yang dihadapi negara ketika ini, beliau menjelaskan i-Lestari diperkenalkan ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac yang menyebabkan kebanyakan ekonomi dan aktiviti sosial tidak dibenarkan beroperasi.

Justeru, beliau berkata, keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan KWSP terhadap nasib ahli-ahli mereka.

“Tetapi masa sekarang ini situasi telah pun berubah, kalau kita fikir PKP yang secara ketat dulu pun tidak ada lagi. Jadi, kita (rakyat) telah bekerja semula dan ekonomi sudah mula dijana. Kita juga jangan lupa, bukan semua orang hendak membuat permohonan i-Lestari pada masa itu.

“Walaupun kriteria dan ia terbuka untuk ramai orang, bukan semua orang mahu memohon i-Lestari, sama juga dengan i-Sinar.

“Mungkin keadaan sekarang dah berlainan berbanding pada Mac dan April,” katanya menerusi temu bual eksklusif

Menerusi i-Lestari, pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan dari Akaun 2 masing-masing.

Sumber: AWANI

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”