PENJANA: Pas Perjalanan Bulanan Tanpa Had Untuk Pengguna Pengangkutan Awam!

Kerajaan memperkenalkan Program My30 iaitu pas perjalanan bulanan tanpa had untuk orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam.

RM 30 Sebulan

Menurutnya, pas perjalanan tersebut berharga serendah RM30 sebulan yang bersamaan seringgit sehari untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi semua pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang.

Inisiatif itu hanya terbuka untuk semua warganegara sahaja dan akan berkuatkuasa mulai 15 Jun ini sehingga hujung 2020.

Untuk video penuh, korang boleh lihat perutusan khas di bawah ini:

Sumber: Youtube Buletin Tv3

Syafiqa Irdina