Categories: FeaturedGaya Hidup

Awas! Telur rosak dan tamat tempoh boleh membawa maut!

Negara digemparkan dengan berita kematian seorang wanita berusia 25 tahun yang juga mangsa kes keracunan puding buih yang berlaku di Terengganu.

Gambar hiasan. Kredit gambar: Facebook Puding Buih Safinah

Wanita berasal dari Marang itu menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ (HSNZ) jam 10.40 pagi, akibat kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis.

Selain wanita itu, kes keracunan puding buih itu turut melibatkan 99 pesakit daripada 20 keluarga lain. Kesemua mangsa dipercayai mengalami gejala cirit-birit, muntah-muntah dan demam selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lepas.

Difahamkan, punca keracunan adalah disebabkan penggunaan telur tamat tempoh yang digunakan sebagai bahan untuk resipi berkenaan.

Kredit gambar: Penang Kini

Rentetan daripada perkara itu, akaun Facebook Public Health Malaysia telah berkongsi tanda-tanda untuk mengetahui telur yang sudah rosak.

Orang ramai perlu peka dan tahu mengenai tanda-tanda telur rosak atau tamat tempoh kerana telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella yang boleh mengakibatkan keracunan makanan, demam, sakit perut, muntah dan paling teruk boleh menyebabkan kematian.

Kredit gambar: Facebook Public Health Malaysia

Jom semak tanda-tanda telur rosak:

1. Kulit ada lapisan berdebu seperti tanda berkulat.
2. Berbau busuk dan hanyir.
3. Tarikh tamat tempoh
4. Warna putih telur berubah
5. Kulit berlendir menunjukkan tanda bakteria
6. Kulit retak (wajib dibuang!)
7. Telur lama akan terapung dalam air.

Kredit gambar: Techno Okezone

Jika anda melihat tanda-tanda berikut, jangan guna dan terus buang untuk mengelakkan risiko yang memudaratkan. Semoga bermanfaat!

Ad Ops