Pilih Elfira Loy Jadi Duta, Buttonscarves Umum Pembukaan Cawangan Ke-4 Di MyTOWN

Selepas mengumumkan pelakon Elfira Loy sebagai duta jenama di Malaysia tahun lalu, kini Buttonscarves terus berkembang dengan membuka cawangannya yang keempat di Pusat Membeli-Belah MyTOWN, Cheras, pada 27 Januari yang lalu.

Buttonscarves merupakan jenama fesyen yang terkenal dari negara seberang yang menyediakan pelbagai koleksi seperti beg, kasut, pakaian dan hijab.

Berkonsepkan hitam putih atau monokromatik, pembukaan cawangan baharu jenama fesyen ini semestinya menjadi berita gembira buat peminatnya, BS Ladies.

Menurut Linda Anggrea selaku pengasas Buttonscarves, dia tidak menyangka jenamanya sudah mula berkembang dengan maju dan mendapat penerimaan ramai di Malaysia.

“Melihat Buttonscarves berkembang dengan begitu pesat di Malaysia sememangnya satu pemandangan untuk dilihat. Apa khabar kita sudah membuka kedai keempat kami? Rasanya seperti semalam ketika kami merancang yang pertama kedai di Malaysia.

“Kedua-dua pasukan Malaysia dan Indonesia telah bekerja tanpa jemu untuk membantu Buttonscarves berkembang dan saya tidak sabar untuk menunjukkan apa lagi projek yang kami sediakan untuk Malaysia BS Ladies jadi nantikan,” katanya.

Selain itu, Sharifah Itasha Jamalullai yang merupakan pengarah Buttonscarves Malaysia turut meluahkan rasa terujanya untuk berkongsikan lebih banyak lagi projek menarik kepada penggemar jenamanya.

“Daripada mempunyai Elfira sebagai duta jenama pertama di Malaysia hingga kini membuka yang keempat kedai di Malaysia, ia benar-benar pengembaraan yang menarik untuk saya dan pasukan saya. Lebih banyak projek sedang dalam berbincang dan kami tidak sabar untuk berkongsi semua berita baik dengan BS Ladies,” katanya.

Sepanjang majlis pelancaran berlangsung, Buttonscarves turut mengadakan sesi penggayaan eksklusif bersama penggaya hijab selebriti, Didiyana Ehsan dan perunding gayanya, Izrin Jupiterisma.

Orang ramai boleh kunjungi Buttonscarves baharu di L1-031 MyTOWN Shopping Centre dan menikmati pelbagai koleksi di sana.

Fatin Nurain