“Rasa Macam Nak Samak Lidah Berkali-Kali” – Tak Sengaja Makan Pork Belly, Netizen Minta Norreen Iman Berhati-Hati

Baru sahaja menjejakkan kaki di London, pelakon Norreen Iman berhadapan dengan kejadian buruk apabila menyedari sandwich yang dimakan mempunyai kandungan perut babi.

Norren memberitahu dia dan suaminya, Razzi termakan sandwich yang mengandungi babi itu sebaik sahaja sampai di London menerusi hantaran Instagram miliknya.

“Kejadian di hari pertama sebaik sahaja sampai London! Baru first day Norreen, bukan saya je termakan, dengan Razzi pun termakan sekali. Nasib Andi Bernadee tak makan. Janna Nick pening,” tulis Norreen di ruangan kapsyen.

Perjalanan di London ini turut disertai oleh selebriti lain seperti Andi Bernadee, Janna Nick dan Dini Schatzmann.

Menerusi video yang dimuat naik, Norreen dan rakan selebriti sedang dalam perjalanan untuk melakukan ujian calitan Covid-19 dan menyedari label kandungan sandwich itu ditulis ‘pork belly’ atau perut babi.

“Nasib saya tak makan babi lemak tepi ni,” kata Andi Bernadee yang turut ada di dalam rakaman video itu.

 

Menurut Norreen ketika dia membeli sandwich itu, dia menyangka ia cuma sandwich ham biasa dan dia tidak tahu ia mengandungi babi.

Melihat kepada komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen, rata-ratanya menasihatkan Norreen untuk berhati-hati dalam memilih makanan ketika berada di negara asing.

“Buat pengajaran kepada kita semua”

Norreen juga memberitahu dia rasa seperti mahu menyamak mulutnya berkali-kali kerana geli sambil memberus lidahnya menerusi Instagram Story.

“Tak bersalah kerana tak tahu”

Terbaru, Norreen di Instagram story memberitahu dia sudah menonton video Ustaz Azhar Idrus mengenai isu termakan babi.

Norreen menjelaskan dia tidak perlu samak atau berkumur dengan air tanah seperti yang didakwa netizen sebelum ini kerana babi yang dimakannya itu bukan daging babi yang mentah tetapi yang sudah diproses.

“Saya makan makanan yang telah diproses yang mana lemaknya telah dibersihkan. Bahan kimia sudah dibuang. Tak perlu samak. Hukumnya pun tak bersalah kerana tak tahu dan tidak sengaja,” kata Norreen.

Arfah