RM20.58 Bilion Pengeluaran i-Citra Diluluskan, Bayaran Dibuat Secara Berkala Sehingga…

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Dewan Rakyat hari ini memaklumkan, sebanyak 4.98 juta permohonan i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diluluskan dengan amaun pengeluaran berjumlah RM20.58 bilion.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM4.71 bilion telah dikreditkan kepada ahli setakat ini. Malah, baki amaun pengeluaran akan dikreditkan kepada ahli berdasarkan jadual bayaran yang telah ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Bercadang Had Pengeluaran i-Citra Dinaikkan

“Bagi pengeluaran i-Citra, bayaran akan dibuat sehingga tarikhk akhir iaitu pada bulan Februari 2022,” katanya.

Beliau menegaskan perkara berkenaan selepas Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim(BN-Baling) bertanyakan status terkini program i-Citra KWSP yang dilaksanakan sejak Julai 2021.

Untuk makluman,  i-Citra membolehkan ahli yang berumur di bawah 55 tahun untuk mengeluarkan simpanan sehingga RM5,000 tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2 dengan syarat baki minimum adalah RM100.

Dan, jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara berkala sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000.00 sebulan.

Untuk rekod, bayaran i-Citra akan mula dibuat bermula esok, 1 Ogos 2021.

ARTIKEL BERKAITAN:i-Citra KWSP : Cara Semak Status & Syarat Pengeluaran

ARTIKEL BERKAITAN:Sebanyak RM99.4 Bilion Dikreditkan Kepada Pencarum i-Lestari, i-Sinar & i-Citra

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Wajar Tambah Pengeluaran i-Citra, Ubah Bayaran Dividen Kepada Struktur Berperingkat

Salma Syahbuddin