Categories: Trending

Ibu Arwah Abam Bocey, Ali Puteh Meninggal Dunia

Ibu kepada Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh, Sabariah Arshad meninggal dunia pada jam 11.54 malam semalam (Khamis).

Sabariah, 64, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang.

Menurut laporan Gempak, wakil keluarga Ali memaklumkan Sabariah diserang asma dan dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) pada Selasa lalu.

Difahamkan, Sabariah juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Ali dan adik lelakinya sedang menuju ke hospital untuk urusan membawa jenazah pulang ke rumah, manakala kakak dan isteri Ali tinggal di rumah untuk menguruskan apa yang patut.

“Urusan lain seperti memandikan jenazah dan pengebumian belum diketahui infonya,” kata wakil tersebut.

Berita pemergian arwah ibu Ali juga dimaklumkan oleh rakan pelawak, Achey di hantaran terbaru Instagram miliknya.

Pada Disember 2020, Sabariah pernah dikejarkan ke hospital sama kerana serangan asma dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Salam takziah dari Xtra untuk Ali dan seluruh ahli keluarga, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Sumber: Gempak, Instagram Achey

Padin