“Sarah Beri Komitmen Baik” – Pertama Kali Bergandingan, Ropie Puji Sarah Suhairi Berbakat

Pelawak Ropie atau dikenali sebagai Pak Kodi memuji bakat terpendam penyanyi Sarah Suhairi yang mula berjinak dalam dunia lakonan.

Ropie bergandingan dengan Sarah dalam musim terbaharu sitkom Pak Kodi 5G.

“Saya masih baru dengan Sarah tapi dia bagi komitmen memang terbaik, walaupun dia baru start untuk musim ketiga tapi dah boleh masuk dah.

“Setengah orang baru masuk blur-blur kan, tapi dia ni masa script reading pun dah bagus dah. Dia dengar apa yang director cakap, yang kita cakap buat macam ni macam ni dia ikut,” kata Ropie ketika ditemubual dalam sidang media secara maya untuk program Pak Kodi 5G.

Menariknya musim ketiga ini, Ropie mengatakan program ini banyak ke arah nasihat bagi menentukan sesuatu perkara itu baik atau buruk untuk dilakukan.

Saksikan keletah lucu Pak Kodi dengan dua anak saudaranya, Naim dan Sarah dalam rutin harian yang pasti membuatkan penonton tak kering gusi menontonnya.

Rancangan Pak Kodi 5G sudah disiarkan dan boleh ditonton pada setiap Sabtu dan Ahad pada jam 1.55 petang manakala Pak Kodi 5G XTRA akan ditayangkan pada 15 April, 22 April dan 29 April pada setiap Jumaat pada jam 1.00 petang.

Kredit foto: Kosmo Digital

Maya Basir