“Saya Mengaku! Malah, Ramai Lagi Yang Tak Ambil…” Ustaz Akui Bawa Jemaah Tidak Vaksin Ke Arab Saudi

Seorang ustaz yang juga merupakan penceramah bebas mengaku bahawa beliau tidak mengambil vaksin serta turut membawa jemaah TIDAK divaksin ke Arab Saudi.

Pengakuan secara terbuka yang dikongsikan di laman Instagram miliknya pada Sabtu begitu tenyata mengejutkan ramai pihak.

“Saya mengaku saya tidak vaksin dan bawa orang yang tidak vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab vaksin ini dah pupus.

“Ramai juga jemaah tak ambil pun vaksin ni. Seperti segala jenis vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh.

“Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar ‘pakar’,” katanya.

Untuk rekod, pada 6 Januari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sejumlah 17 daripada 122 individu yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lepas didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi Covid-19.

Malah, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang menyiasat rekod pengembara dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi sama ada mereka memiliki masalah kesihatan atau sebab lain.

Salma Syahbuddin