Featured By: Arfah December 28, 2021 @ 3:34pm

“Saya Sedih Tengok Mesin Basuh, Peti Sejuk Dibuang” – Lelaki Ini Kongsi Cara Baik Pulih Barang Elektronik Yang Rosak Akibat Banjir

Seorang pengguna TikTok dengan nama pengguna @sayazuhri telah berkongsi cara untuk membaiki peti sejuk di akaun TikTok miliknya.

Menerusi video yang dimuat naik, lelaki itu meluahkan rasa sedih apabila dia melawat ke kawasan yang terjejas banjir di Hulu Langat di mana kebanyakan penduduk di situ membuang barangan elektronik yang rosak akibat ditenggelami banjir.

“Sedangkan boleh guna lagi. Sayanglah duit itu boleh guna untuk benda lain,” kata pengguna TikTok itu.

Lelaki itu kemudiannya menunjukkan cara-cara untuk membaik pulih sebuah peti sejuk model ‘inverter’ yang rosak ditenggelami banjir.

Apa yang perlu dilakukan apabila peti sejuk rosak akibat banjir adalah pertama sekali, bersihkan PC ‘board’ elektrik yang berada dibelakang peti sejuk sehingga bersih.

Selepas basuh, pakai alat penyembur angin atau vakum untuk keringkan papan PC elektrik berkenaan kemudian boleh hidupkan peti sejuk itu selepas ia kering sepenuhnya.

Jika papan PC elektrik peti sejuk sudah rosak boleh beli yang baru untuk digantikan.

Dia juga berpesan jika peti sejuk ditenggelami air, jangan cuba hidupkan sebelum membersihkan papan PC elektrik kerana ia boleh menyebabkan sistem elektrik peti sejuk terbakar.

 

@sayazuhri Aku rasa sedih, takdapat bantu semua rumah, aku tolong takat aku ngan team mampu je, jadi aku share vid ni untuk mgsa lain yg terlibat. #fyp #foryou #fypp ♬ original sound – zuhrimohd

Lelaki itu melalui akaun TikTok miliknya aktif berkongsi cara-cara membaiki alat elektronik yang sudah rosak dan ditenggelami banjir.

Dia yang merupakan seorang juruteknik berharap videonya dapat membantu mangsa-mangsa banjir dalam menjimatkan kos perbelanjaan mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Jul 2018
Hiburan Mon, 29 Oct 2018

#ASK2018; Susah Nak Jangka Siapa Bakal Menang

Lakonan Nad Zainal menerusi Fatonah Azali antara yang disebut-sebut calon bakal menang pada malam itu nanti.

LIFESTYLE Sat, 8 Jun 2019

Khasiat Tersembunyi Dalam Garam Selain Penyedap Masakan

Garam mempunyai khasiatnya tersendiri dan bukan setakat menjadi penyedap sesuatu hidangan.

Hiburan Sat, 28 Apr 2018

Gambar Dah Padam, Saya Tak Sedar – Ismail Izzani

Ismail ketika dihubungi hari ini memberitahu, sudah memadamkan gambar terbabit dari akaun media sosialnya.

Cahaya Mata Thu, 1 Dec 2022
Hiburan Sat, 27 Nov 2021

“Menyanyi Saja Tak Cukup, Saya Perlu Lengkapkan Dengan Ilmu” – Aina Abdul Bersyukur Berjaya Genggam Sarjana Muda Muzik

Penyanyi Aina Abdul, 28, bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Muzik Kontemporari di Universiti UCSI, Kuala Lumpur. Menghadiri sesi graduasi yang berlangsung pagi tadi, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani mengakui […]

Trending Mon, 24 Aug 2020

Lebih Banyak Taman Rekreasi Akan Ditutup

Tolonglah jangan degil gaissss!

error: Content is protected !!