Tampil Freehair, Natasha Hudson Sudah Tidak Bertudung?

elakon Natasha Hudson tampil mengejutkan ramai pihak apabila dia dilihat memuat naik beberapa gambar tanpa mengenakan hijab menerusi akaun instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Natasha Hudson atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 39, sedang aktif melakukan aktiviti luncur air di Kuantan, Pahang dan Langkawi.

Malah, Natasha tampil tidak bertudung serta berpakaian t-shirt berwarna putih dan memakai topi berwarna hitam ketika hadir memberi sokongan terhadap Monsoon Wavescape Festival yang berlangsung di Pantai Pelindung, Kuantan.

Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi filem Chermin ini dilihat menutup ruangan komen dan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung imej terbaharunya itu.

Sebelum ini, Natasha pernah mencetuskan kontroversi apabila tampil mengenakan busana seolah-olah menampakkan bahagian bahu yang turut mempunyai belahan pada bahagian belakang dan menampakkan betisnya sehingga dianggap tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab.

Natasha mula berhijab semenjak 10 tahun lalu dan pernah mengenakan niqab pada 2016.

Natasha kembali memakai tudung biasa dan tidak berniqab awal 2019.

Salma Syahbuddin