Categories: Trending Hari Ini

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal Pada 22 Mei Ini

Tarikh melihat anak bulan Syawal telah ditetapkan pada pada petang Jumaat 22 Mei ini  bersamaan 29 Ramadan 1441 Hijrah di 15 lokasi terpilih di seluruh negara. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh  Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

Sebanyak 15 lokasi telah dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal ketika Perintah Kawalan Pergerakan iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;  Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Antara lokasi lain yang turut terpilih adalah Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; Balai Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan; Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa, Labuan;  Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover