Tempoh Diskaun Saman Dilanjutkan Sehingga Rabu Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan tempoh tawaran pengurangan kadar kompaun saman 80 peratus sehingga Rabu ini sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Berita baik pelanjutan tempoh itu dimaklumkan oleh pihak JPJ menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial pada Sabtu.

“Orang ramai turut digalakkan membuat pembayaran tanpa tunai (cashless).

“Pembayaran saman boleh dibuat di semua Pejabat JPJ Negeri, Cawangan JPJ dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) JPJ,” katanya.

 

Terdahulu, pengurangan kadar kompaun diberikan kepada semua saman bagi kesalahan disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003 sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Kaunter Diskaun Bayar Saman Polis & JPJ Ditutup Serta Merta, Penganjur 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Kena Kompaun RM1,000

ARTIKEL BERKAITAN: Diskaun Saman Sehingga 80 Peratus Bermula Hari Ini Sehingga…

 

 

Sumber: Sinar

Salma Syahbuddin