Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina May 29, 2020 @ 11:34am

[TERKINI] Negeri Sembilan Kini Bebas Zon Merah!

Alhamdulillah.

Masyarakat di Negeri Sembilan kini boleh menarik nafas lega apabila tiada lagi zon merah Covid-19 di negeri itu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) semalam iaitu bilangan pesakit yang sembuh meningkat kepada 698 berbanding 619, kelmarin.

Seremban & Rembau Zon Kuning

Hanya dua daerah yang berstatus zon kuning iaitu Seremban dan Rembau manakala yang lain iaitu Tampin, Jempol, Port Dickson, Kuala Pilah dan Jelebu berstatus zon hijau.

Sebelum ini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 kekal kepada 793 membabitkan 163 kes adalah dari kluster Pedas, 144 kes dari kluster Ijtimak Tabligh di Sri Petaling Kuala Lumpur dan 112 kes dari kluster Sendayan dengan satu kematian.

Tiada kes kematian baharu berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian di Negeri Sembilan kekal sebanyak lapan kes.

Apa-apa pun jangan gembira sangat, arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia masih perlu dipatuhi ya.

Untuk perkembangan dan maklumat terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin TV3 okay?

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Jun 2022
Hiburan Fri, 2 Dec 2022

Menjerit Ketika Tunggang Kuda, Netizen Label Ratu Farah ‘Over’

Beberapa bulan lalu, tular satu rakaman yang memaparkan selebriti TikTok, Ratu Farah mencuba aktiviti ‘flying fox’ di sebuah resort. Kini, Ratu sekali lagi muncul dalam video baharu mencuba aktiviti menunggang kuda di resort yang sama.

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Featured Fri, 26 Aug 2022

[VIDEO] “Hari Tu Beriya Komen Puteri Balqis…” – Netizen Dakwa Perubahan Mia Sara Sebab Karma?

Uish, Mia Sara pernah komen apa tu dekat Puteri Balqis sampai netizen kata karma? 🤯🥵

Featured Tue, 5 Apr 2022

‘Puasa’ Instagram, Laudya Cynthia Bella mahu fokus ibadah

Bella berehat dari dunia media sosial sepanjang bulan Ramadan

Featured Thu, 17 Nov 2022

| Live TV