‘The Most Wanted’ Nicky Liow Akhirnya Serah Diri

Ahli perniagaan, Nicky Liow yang diburu polis sejak setahun lalu akhirnya menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, buat masa ini Nicky berhadapan dengan lebih 20 kes berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

“Dia (Nicky) akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam esok (semalam) untuk menghadapi sebanyak 26 pertuduhan.

“Sebelum ini pada 23 Mac lalu, Mahkamah Shah Alam, mengeluarkan waran tangkap keatas Nicky atau Liow Soon Hee, untuk menghadapi pertuduhan di bawah Sekyen 4(1)(a) AMLAFTA,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan sebelum ini yang berhubung Sekyen 130 V hingga Sekyen 130 ZB, Kanun Keseksaan bagi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) digugurkan oleh mahkamah.

Nicky diburu selepas Polis Johor mengadakan operasi dan serbuan di Puchong, Selangor, sebelum menahan 12 individu termasuk seorang yang bergelar Datuk Seri.

Sindiket berkenaan sebelum ini disyaki terbabit dalam aktiviti ‘scam’ dalam talian.

Sumber: Harian Metro

Maya Basir